Monday 7 July 2014

AKU MAHU LIHAT DARAHKU 2


Pangpang
dah akan tersungkurlah aku ketika itu
di atas tanah - segenap arah
darah merah melimpah
membasah
membuak-buak dari tubuhku.

Aku mahu mendengar bunyi sebegitu
yang aku anggarkan sebagai bunyi senapang
bila ditarik picunya
bukan bangbang
bunyi pistol
tidaklah begitu hebat.

Ataupun damdamdum
bunyi mercun
sekadar kehilangan jari
walaupun terluka - berdarah
tidak kehilangan nyawa
seorang perjuang.

Sesia mak dengan ayah hantar ke sekolah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/07/2014.

No comments:

Post a Comment