Sunday 20 July 2014

UCAPANKU


Hari minggu orang ke pasar
aku berhari minggu di meja besar
orang keluar beriadah dengan keluarga
aku beriadah di anak dan kaki tangga.

Semalam hari Sabtu yang memenatkan
seharian tak minum tak makan
bukan aku tak punyai masa
tapi kan; kita di dalam bulan puasa.

Anak-anak berseri-seri muka
sampailah waktu berbuka
apa yang mereka mahu aku berikan sahaja
bukankah itu matlamatnya aku berkerja.

Poket rabak bukannya selalu
aku beli pun apa yang mereka perlu
raya dah tak lama lagi
ketupat rendang kita seligi.

Salam selamat hari raya maaf zahir batin
dari aku, Sazalee.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
20/07/2014.



No comments:

Post a Comment