Recent Posts

Tuesday, 22 July 2014

HIDUP BUKAN HANYA UNTUK HARI INI


Sedih?
Siapa tak sedih?
Aku ... ,
aku turut bersedih
malapetaka bertimpa
MH370
MH17
menjeruk rasa
derita
di hati pewaris mangsa,
turut juga aku
kamu
kita semua merasakannya
sebagai rakyat majmuk
berkongsi panji
negara,
namun yang hidup
harus teruskan kehidupan
jihad kita
harus kita teruskan
jangan berhenti
selagi nyawa dikandung badan
kerana ujian Allah berterusan
tiada titik perhentian
selagi bernyawa,
dan Gaza; saudaraku
saudaramu
saudara kita semua
masih di kancah perperangan
darah masih berlumuran
haruskah kita ketepikan
haruskah kita semua lupakan.

Jihad termampu
jihad ekonomi
setiap sen amat bermakna
untuk mereka
di Gaza.

Ayuh kita teruskan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/07/2014.

No comments:

Post a Comment