Tuesday 22 July 2014

PANTUN SEBELUM RAYA


Sungguh cantik wajah berseri,
tersenyum simpul bila diusik;
Gembira rasa tidak terperi,
turun tangga sambil berbisik.

Gaji dah dapat kembunglah poket,
membeli-belah persiapan raya;
Berbaju melayu bersamping songket,
biar papa asalkan bergaya.

Pelbagai baju habis dicuba,
dibeli pula di pekan Kangar;
Puas diselak puas diraba,
si duit siling tidak terdengar.

Inilah kisah sebelum raya,
kisah selanjutnya selepas raya.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
22/07/2014.

No comments:

Post a Comment