Sunday 6 July 2014

BUDI BAHASA


Mulut manis bukan kerana santan bergula
mulut manis kerana lidah menutur bicara
ada ketika orang meluat, termuntah mendengarnya
ada kala orang faham kita harus melakukannya.

Dalam menjaga hati sesama kita
untuk menjaga muka sesama manusia
bukan berpura-pura penuh agenda
tapi berterima kasih pertolongan diterima.

Orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa
dalam duniawi kita terima
dalam syurgawi kita bersama.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/07/2014.

No comments:

Post a Comment