Tuesday 8 July 2014

CERPEN: LAGENDA MINAH KILANG


     Aku masih ingat lagi pada era awal 90an dahulu, gadis-gadis pekerja kilang amat popular diperkatakan kebanyakan jejaka baik di dalam bandar mahupun luar bandar. Kepopularan yang diselang-selikan dengan cerita yang baik mahupun yang kurang baik dijaja serata pelusuk bandar.
     Kejutan budaya pada gadis-gadis minah kilang(dahulu mereka digelar minah kilang) yang baru berhijrah ke kota dari kampung-kampung amat hebat sekali. Almaklum-lah diibaratkan kambing terlepas kandang mereka ini mudah terjerat dengan masalah sosial. Tiada siapa yang memerhatikan pergerakan mereka menjadikan mereka terlalu bebas di dalam perhubungan yang dikatakan tanpa batasan.
     Tidak semua minah kilang ini yang terjebak di dalam kancah masalah sosial. Ada juga minah kilang ini yang amat menjaga tingkah laku mereka. Kehidupan mereka pergi kerja naik bas kilang dan balik kerja juga naik bas kilang. Cukup bulan terima gaji dan hantar sedikit kepada ke dua ibu-bapa mereka.
     Yang terjebak pula berlainan ceritanya. Pagi pergi kerja naik bas kilang, balik pula membontot motor mana-mana jejaka yang sudi membawa mereka berjalan-jalan, pusing-pusing bandar. Pergi kerja jam enam pagi balik kerja pula jam satu atau dua pagi selepas kenyang dijamu selera.
     Cuti di hari minggu tidak pernah melekat di rumah. Ada sahaja aktiviti mingguannya. Ke pantai PD-lah, ke Genting-lah dan ada juga yang berkelah di taman-taman rimba seperti Taman Rimba Templer. Termasuklah dengan aku sekali terbabit. Motorku jadi tempatnya buah hatiku si minah kilang bontotkan.
     Di sini bermula kisahnya, bukan kisah aku...aku baik tapi kisah kawanku dan minah kilang kekasihnya. Hihi.

"Li, hari ni aku nak bawa awek aku pi tempat tinggi sikit-lah. Kat tempat tinggi line clear tiada gangguan" kata kawanku Yazid mungkin ada perancangannya mahu membawa kekasihnya yang baru dia kenal tak sampai sehari ke tempat paling tinggi di Taman Rimba Templer.

"Ikut kau-lah Zid, aku tak masuk campur. Itu hal kau bukan aku" kataku kepada Yazid yang sememangnya aku tidak bersetuju dengan perancangannya. Aku tahu dia nak buat maksiat tu.

"Ala kau bawak-lah sekali Ain tu. Kalu boleh aku nak suruh kau cover line. Kalau ada orang yang memerhatikan nanti. Pleaselah bro...ini kali je" sambung Yazid merayu agar aku mengikut mereka dan menjadi peng'cover' line kerja maksiat mereka.

"Kau ni kan...kalau aku cakap kau bodoh kau marah, kalau ya pun kau nak beromen ke apa dengan si Tina bawaklah ke hotel ke atau paling 'cokia' pun motel-motel budget. Ini tak! Kat dalam hutan jugak kau nak buat. Aduhai! Kau ni kan Zid..." aku mulakan sesi tazkirah dalam hutan. Hu! Gerun jugak aku bayangkan TAZKIRAH DALAM HUTAN.

"Aik...baik punya cakap bro. Kau tu pun sama dua kali lima ngan aku. Jangan nak berlagak baik ok" bentak si Yazid.

"Lantak kau-lah Zid...kalau jadi apa-apa nanti jangan salahkan aku ok" kataku mematikan bicara.

     Selang tak berapa ketika selepas kami mendaki tempat tertinggi di taman tersebut aku dengar si Yazid menjerit meminta pertolongan. Aku pun apa lagi bergegas ke tempat suaranya si Yazid meninggalkan Ain yang masih terpinga-pinga.

"Kau kenapa Zid...apa dah jadi?" soalku kepada Yazid yang masih tergamam tidak berbaju dan hanya berseluar kecil.

"Tak ada...tak ada apa-apa Li...jom kita balik. Nanti aku cerita kat kau bila kita sampai ke rumah" kata Yazid.

"Aik...kau yang beria-ia mengajak aku ke sini dan mendaki tempat paling tinggi kononnya dah ngajak aku balik. Ni apa kes bro?" soalku lagi. "Ni Tina mana? Tak nampak pun dari tadi"

"Ala biar-lah dia Li. Jom pi dapatkan Ain dan kita balik sekarang juga" bersungguh ajak si Yazid.

"Oi oi...kalau kok ya pun pakai-lah seluar dulu...takkan kau nak keluar dengan seluar kecil macam ni. Kau nak mampus!" herdikku.

     Sampai je kat rumah aku pun apa lagi. Bertubi-tubi malah bertalu-talu soalan aku tanyakan kepada Yazid.

"Sampai hati kau Zid tinggalkan Tina dalam hutan macam tu sahaja, apa punya boyfriend-lah kau ni" bisingku kepada Yazid.

"Kau tahu tak Li...tengah baik punya beromen ngan si Tina tadi sampai ke tahap aku membuka seluar dia. Aduhai! ... ," termati pula cerita si Yazid kat situ.

"Hoi...habiskan-lah cerita kalau kok ya pun! Kau ni dah buat aku 'stim' tergantung ni" bentakku.

"Masa aku lihat seluar kecil si Tina dalam keadaan terang-terang samar ... aku lihat seluar kecil dia dan aku seakan sama. Ada benda terbonjol kat seluar kecil dia sama gak dengan terbonjolnya 'alat' di seluar kecil aku. Dia jantan-lah Li!" jerit si Yazid. Aku apa lagi tergelak besar-lah. Aduhai tak sangka sungguh dalam banyak-banyak minah kilang si Yazid tersangkut dengan minah kilang pondan. Aduhai.

     Begitulah kisahnya dengan minah-minah kilang dahulu. Dalam cantik mata memandang dan dalam cantik iman tergoyang ada juga si dua alam di kalangan mereka. Kalu kita tidak berjaga-jaga maka akan terjadilah seperti apa yang berlaku kepada Yazid.

     Kenangan mencuit jiwa hanya tinggal kenang-kenangan. Ain yang aku kasih pergi meninggalkan aku kerana menerima pinangan sepupunya dari kampung. Tinggal-lah aku bersendirian frust menonggeng tetapi tidak-lah se'frust' sekarang di mana kebanyakan kilang yang masih ada beroperasi hanya mengutamakan pekerja-pekerja import untuk menggantikan tempat minah-minah kilang sehingga-lah kini minah kilang telah menjadi satu lagenda yakni LAGENDA MINAH KILANG.

Sekian.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/07/2014.

No comments:

Post a Comment