Recent Posts

Tuesday, 22 July 2014

SYAWAL DI BUMI GAZA


Letupan menggegar
sorakan bergema
bukan ria tapi derita
menimpa
Gaza di ambang Syawal.

Derita:
Pekak telinga
buta mata
putus kaki
putus tangan
nyawa.

Hilang:
Hilang anak
hilang isteri
hilang bapa
hilang ibu
keluarga, harta benda.

Syawal bakal menyapa
berita gembira
rahmat dari Pencipta
untukmu Gaza, Palestinia
hamba terpelihara
syurga menanti
di penghujung perjalanan ini.

Selawat serta salam untuk Nabi junjungan
pembawa berita bahagia.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/07/2014.

No comments:

Post a Comment