Recent Posts

Tuesday, 26 November 2013

50pp: Motivasi Malam


Selagi berbaki nyawa
usah biar diri derita
terperosok di penjuru duka
bersama secebis tisu mengelap air mata
tanpa berbuat apa-apa
jadilah insan yang bermakna
pada diri, keluarga, bangsa dan agama
berdiri setanding mereka yang berjaya
sekurangnya tidak mengecewa hati sesiapa
ayuh! sama-sama kita berlumba
menggapai puncak jaya
ikhlas menurut syariat-Nya.

CNM, 26/11/13, BBBangi.


No comments:

Post a Comment