Thursday 28 November 2013

KERANA SETITIK NILA


Halaman indah
makmur dan subur
warganya aman
sentiasa bertegur sesama
bergurau-gurauan.

Semakin melimpah
pengembara bertandang
hamparan dibentang
permaidani sepanjang jalan
kehadiran dialu-alukan.

Semoga nanti
pengembara mengerti
setiap perhentian
ada undang-undang tatacaranya
mohon diikuti.

Saranan diberi
menjaga perbendaharaan
agar nukilan
cantik terhidang
indah persembahan.

Elakkan permusuhan
ego ketepikan
terimalah teguran
untuk kebaikan
janganlah nila hendak dititiskan

susu sebelanga sudah pasti
akan tercemar.

Sazalee Sulaiman ... 28/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment