Sunday 24 November 2013

DALAM GELAP ADA DRAMA


Eeei!...gelap
segalanya hitam
seram,
meremang
bulu tengkukku
itu belum lagi
remang-remang
bulu
di ketiakku,
bulu kaki
tidak meremang
kerana
baru sebentar tadi
sebelum keluar
aku cukur
rapi.
Ahh!...cuba pasang telinga
dan dengar;

"Aau!... ,
mak tak rela 'nyah'
usahlah dicubit
mak lebih rela digigit
gigit manja
ya nyah"

"Woi!...dah tak ada kerja lain ke,
kat kedai makan pun
nak buat maksiat
ke?"

Loya tekakku.

Sazalee Sulaiman ... 23/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.



No comments:

Post a Comment