Recent Posts

Sunday, 24 November 2013

MENCARI RAHSIA


Pagi yang mula membuka rahsianya
namun masih kucari rahsia di sebalik rahsia
biarpun hamparannya terbentang
masih ada yang tersembunyi
terkeliru dari pandangan mata
pun terhijab dari pandangan hati.

Kuselak di celah-celah bilahan matahari
cuba menyingkap hijabnya
mencari rahsianya yang sembunyi
untuk kubawa ke padang akhirku
dan berbaring di sana
di bawah naungan rahsia-Mu.

Qalam Bertinta
Klang
24112013
1043am

No comments:

Post a Comment