Recent Posts

Saturday, 30 November 2013

Yang Di Sela


Pernah main badminton beregu?
aku rasa ramai yang pernah
tahu tak ramai yang terperangkap
andai lawan memukul bola ke ruang antara
dua-dua saling mengharap
sudahnya bola jatuh ke gelanggang.

Nah! Yang di sela
memang sukar nak dijaga
di sela rahang
di sela kangkang
dua anggota terbilang
bisa membawa ke jurang kehinaan.

Hati-hati dengan yang di sela.

CNM, 30/11/13, BBBangi.

No comments:

Post a Comment