Monday 25 November 2013

50pp: Motivasi Pagi




Sapulah air mata duka
keringkan dengan selendang senda
hiasi pipimu dengan ukiran wajah ria
air mata duka meracun sukma
merosakkan nurani rasa
sengsara datang memenjara
hati merana di lubuk kisah lara
ingauan semalam lepaskan dengan reda
penuhi masa dengan mengingati yang Esa
kerana Firman-Nya
dengan mengingati Dia jadi tenang jiwa.

CNM, 25/11/13, BBBangi.

No comments:

Post a Comment