Friday 29 November 2013

DI PELABUHAN-MU


...lalu di senja ini
aku kembali berlabuh di pelabuhan-Mu 
menghamparkan bentangan harap
dalam syukur yang panjang
kerana di maghrib ini
dan untuk kesekian kalinya
aku masih lagi mampu bersujud
untuk terus menghadap-Mu
dalam doa taubat
yang tak pernah tuntas.

Qalam Bertinta
Klang
29112013
1927pm

No comments:

Post a Comment