Wednesday 27 November 2013

MELAYUKU ISLAM


Kalau mengata agamaku
aku pasti melenting
agamaku bukannya gasing 
yang kauboleh pangkah dan pusing.

Kalau memaki Nabiku
darahku akan menyirap
semangat akan meruap
bak cuka dilimpah ke kurap.

Kalau merembat nama Tuhanku, Allah
aku pasti tak akan berdiam
kerana dalam diam
agenda masa hadapan terendam, di dalam.

Nak mengata dan menyamakan
bangsa melayuku seperti haiwan
silakanlah, aku tak melawan
melenting; melayan kerenah lawan

kerana aku tahu 
melayu Islamku tidaklah lemah
yang remeh-temeh
bak ulam dan asam-garam
sering dijamah.

Cuma jangan disumpah-seranah.

Sazalee Sulaiman ... 27/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment