Tuesday 1 July 2014

PERJALANANKU DI BULAN RAMADAN


Angkasa lepas
penemuan terakhir
perjalanan merentas masa
melompat
dari satu lohong hitam
ke satu lohong hitam yang lain
mencari peradaban baharu
sisa-sisa kemanusiaan
serata galaksi di bima sakti.

Saya Kapten Sazalee Sulaiman
'Enterprise' kejiwaan
melaporkan dalam log satu Julai 2014
bersamaan 3 Ramadan 1435 Hijrah
menemui sebuah planet baru
yang saya berikan nama
planet Bergas Di Bulan Ramadan
berpusing-pusing
mengelilingi kepala dan usus perut aku.

"Pergh! Macam betul je
dah macam siri Star Track"

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
01/07/2014.

No comments:

Post a Comment