Friday 4 July 2014

TARIK-TARIK FIKIR


Kulihat matahari
di pagi hari
terasa dekat
namun jauh
bahang menyentuh
kekulit lusuh.

Begitu juga dengan musuh
dapat kulihat
amat dekat
namun hakikat
mereka jauh
di sebalik layar sesentuh.

Dari itu adalah terlebih baik
dibiarkan sahaja, mereka; si musuh
berangkara cemuh
tidak perlu kita berpeluh
buat sahaja acuh tak acuh
beri masa, luka akan sembuh.

Berbuat baik sesama kita
di alam nyata - di alam maya
biar kita berperangai senonoh
bersengketa; kan makruh.

Dalam ribut membawa runtuh
satu ketika hujan-kan reda
cendawan pula akan tumbuh
anai-anai tumpang teduh.

Fikiran panjang membawa matang.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.

No comments:

Post a Comment