Friday 1 November 2013

50pp: Motivasi Jumaat


Hijrah itu peristiwa besar
sejarah Islam telah mengajar
setiap muslim perlu berjiwa besar
bukan hanya bercakap besar
pun bukan berbicara secara kasar
perlu strategi hidup dilakar
perjuangan mengikut gubalan dasar
walau rintangan hadir mencakar
semangat tetap tegar
terus berusaha dengan sabar
berserah kepada Allahuakbar
sesungguhnya Dia tempat bergantung yang benar.

CNM, 1/11/13, BBBangi.

No comments:

Post a Comment