Friday 22 November 2013

50pp: Motivasi Jumaat


Duhai lelaki khalifah di dunia
khutbah Jumaat seru martabatkan wanita
memimpin mereka ke jalan mulia
bukan diherdik diseksa
pun bukan didera
apatah lagi diperkosa
sungguh keji sedemikian rupa
ingatlah ibu, isteri dan anak kita
mereka sepatutnya dibela
tanpa wanita lelaki tak sempurna
jaga amanah Yang Esa
mudahan hidup tiada tercela.

CNM, 22/11/13, BBBangi.


No comments:

Post a Comment