Friday 1 November 2013

BANGSAT


Bangsat
engkau curi keringat
dari satu bakat
kemudian engkau terjemahkan dalam ayat
yang kemudiannya engkau angkat
kononnya untuk memartabat
seni yang punya darjat
sedangkan engkaulah musibat
yang mencemar adab dan adat
budaya sastra yang penuh hikmat.

Harta ini bukan milik kamu
ia adalah milik orang berilmu
membudaya bahasa tanpa ada jemu
memerah otak tanpa semu
juga tanpa ada istilah tewas yang bertamu .

Bangsat
jangan kerana engkau mencipta kebodohan
engkau menjadikan hak milik sebagai sandaran
kerana cara tidak pernah menghalalkan perbuatan
biar berjuta alasan yang engkau berikan
satu penipuan tidak boleh engkau halalkan
walaupun pun bertunjangkan alasan
dan pembohongan engkau jadikan teman.

Qalam Bertinta
Klang
01112013
1011am

No comments:

Post a Comment