Friday 22 November 2013

RENUNGAN


Assalamualaikum dan salam selamat pagi Jumaat kepada semua rakan-rakan mukabukuku tidak kira mana sahaja berada di seluruh dunia. 

Hari ini kata-kata pertama yang ingin saya kongsikan bersama dengan semua adalah KESIHATAN. Jagalah kesihatan diri kita sendiri dan hiasilah peribadi. Kalau rasa tak sihat tu cepat-cepatlah pergi klinik untuk periksa kesihatan kita.

Ya-lah!...mana tahu kan...kalau ada penyakit lain yang menyinggah yang kita tidak tahu. Sekarang ni penyakit senang je nak datangnya. Cuba berembun di waktu malam bagi orang yang dah berusia macam saya ni...baru kena embun jantan jam 12 malam dah kena selesema pagi-pagi ini...kan?

'So' jagalah kesihatan kita. Untuk yang muntah-muntah malam tadi tu...mmm...bukan saya bapa kandungannya ya!...hihihi...oooops...saja berlawak sebentar. Pi-lah klinik, bukan apa...takut keracunan makanan atau pun masalah dalaman usus yang kita tidak tahu wujudnya di dalam badan dan perut kita.

Salam Jumaat yang barakah, jumpa lagi kita nanti...insya-Allah. Kesihatan harus dan wajib kita jaga. Nak pula musim denggi telah tiba. Jaga juga kebersihan persekitaran rumah anda.

Assalamualaikum.

Renung-renungkanlah, jom!...kita minum dulu.

Sazalee Sulaiman ... 22/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment