Recent Posts

Saturday, 29 March 2014

CINTA SATU AMANAH


Andai sepi itu indah
di awan nimbus aku bermadah
bergema guruh ungkap meluah
terpercik api datang meludah.

Andai rindu itu resah
di hujung bumi aku menyinggah
melakar potret berkanvas cerah
berona darah pekat tersimbah.

Andai cinta itu lumrah
di laut rakus aku menyanggah
memintal ombak bergulung tadah
tidak menyerah tidak berserah.

Seandainya cinta satu amanah.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
29/03/14.



No comments:

Post a Comment