Sunday 30 March 2014

MERAYU GERIMIS DI PUNCAK KEMIS


Menyinggahlah
buat apa engkau ikut semilir
jika hanya sekadar mahu berlalu
tanpa singgahan tamumu.

Pintu telah kubuka
luas kangkangannya
tiada kasta
dalam menyambut kamu bertamu.

Lama, sudah sekian lama
dari pagi membawa ke senja
peluh hamis tidak terkira
lencun bajuku hitam di kolar.

... .

Kiranya engkau tahu... ,

tanah kupijak telah merekah
bahang menampar hawanya resah
ubun terbakar bagaimana untuk berludah
terjelir lidah sumur membuncah.

Singgahlah!
Kalau itu yang dikau mahu dengar
kemis rayuan dari ego yang hambar
terkikis dalam bujukan tawar.

Singgahlah!
Aku masih ingin merayumu
sudilah kiranya engkau bertamu
sebelum peluh menyejat ... ,
di saharaku.

Aku merayu gerimis bertamu.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
30/03/14.

No comments:

Post a Comment