Saturday 29 March 2014

PERINGATAN-NYA II


Cukuplah peringatan dalam hinaan
pesawat hilang dari pandangan
sehingga menjadi tatapan dan bahan sindiran
tikar terbang dijadikan paparan
perkara syirik tidak tertangan.

Jangan sampai Allah turunkan kehancuran
kerana akidah diperkutak-katikkan
kerana kekasih Allah dihina orang sembarangan
kerana rambut wanita dikatakan bukan aurat wajib diselindungkan
kerana orang besar mempertahankan kemungkaran.

Bersyukurlah!
Allah masih mahu memberikan peringatan-Nya
tapi ... ,
sampai bila?

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
29/03/14.

No comments:

Post a Comment