Recent Posts

Monday, 24 March 2014

GURINDAM LANGKAH PROVOKASI


Sudah gaharu cendana pula,
sudah tahu bertanya juga.

Setiap soalan ada jawapan,
setiap jawapan dipusing soalan.

Air mengalir dalam pembentung,
air berpusing tiada penghujung.

Langkah panjang ada catur,
langkah provokasi disusun atur.

Jangan dituding jari telunjuk,
jangan kelingking berbalik tunjuk.

Kura-kura dalam perahu,
kura-kura kata tak tahu.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
24/03/14.

No comments:

Post a Comment