Monday 24 March 2014

SASTERA KITA


Di dalam sastera imej yang digambarkan tidak semestinya imej yang bersamaan. Terkadang imej yang dilihat, dibaca dan digambarkan oleh minda dan akal yang menterjemahkan berlawanan maksud kewujudannya. Mungkin imej yang digambarkan hanya sekadar imej saduran yang mengandungi maksud yang tidak terjangkau oleh manusia yang tidak mahu menggunakan minda yang ada. Imej-imej ini terkadangnya membawa hasil maksud yang tidak terbatas oleh fikiran manusia.

Gunakan daya HOKi dan HOKa(Hemisfera Otak Kiri dan Hemisfera Otak Kanan) untuk cuba memahami maksud setiap perkataan yang terbina di dalam karya tersebut. Di situ dapat membantu usaha untuk kefahaman. Dan di situlah baru dapat kita fahami apa yang cuba disampaikan imejnya.

Kerana di dalam sastera ada falsafah yang disebut sebegini.
"Sastera sahaja tidak mampu meruntuhkan sesebuah 'jambatan' tetapi dengan sastera kita mampu menyuruh pembacanya meruntuhkan 'jambatan' dengan daya imaginasi mereka"

Salam selamat pagi teman-teman muka-bukuku.

Sazalee Nilai, NS.

No comments:

Post a Comment