Friday 28 March 2014

GURINDAM: JUMAAT YANG HEBAT


Secepat waktu tidak menunggu,
Jumaat malamku senyum mendagu.

Di hari Jumaat semua nak cepat,
lutut yang ketat lenguh dibuat.

Penat bekerja peluh mencurah,
Jumaat bercahaya mindaku cerah.

Menumbuk cili di pagi Jumaat,
kugosok hati mencari syafaat.

Mata meleleh syafaat dihidu,
harta dibersih Jumaat merindu.

Lihat pelita di atas para,
Jumaat bahagia sesama saudara.

Jumaat wajib ingat di dada,
umatnya tertib doa baginda.

Pergi ke masjid sembahyang Jumaat,
mulut berkumit banyak selawat.

Rindukan Nabi selawat syafaat,
rindu ya Rabbi Jumaat bersolat.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
28/03/14.

No comments:

Post a Comment