Recent Posts

Tuesday, 25 March 2014

PANTUN TRADISI: BERINGAT-INGAT


Buah mengkudu di dahan tinggi,
masak sebiji idaman hati;
Luah merindu ditahan lagi,
rosak tersaji geleman mati.

Buih di laut cuba dipintal,
buat hiasan hantaran cinta;
Juih di mulut tuba disental,
siat kuisan meneran kata.

Resah gelisah jiwa menadah,
di dalam kamar bermenung kedu;
Desah mendesah tawa meredah,
disulam samar merenung perdu.

Susah menjolok sarang tebuan,
kelak bersagat sakitnya badan;
Usah memeluk bebayang ruan,
balak menyagat peritnya tindan.

Sekali sengat selalu ingat.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
25/03/14.



No comments:

Post a Comment