Recent Posts

Wednesday, 26 March 2014

GURINDAM: LANGKAH PROVOKASI 2


Colok bukan sebarang colok,
jolok jangan sebarang jolok.

Tebuan bukan sebarang tebuan,
serbuan jangan sebarang serbuan.

Benta bukan sebarang benta,
sengketa jangan sebarang sengketa.

Liberalisasi bukan sebarang liberalisasi,
provokasi jangan sebarang provakasi.

Relau bukan sebarang relau,
pulau akan terpulau.

Ilham bukan untuk didagangkan,
faham apa yang dipersoalkan.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
26/03/14.

No comments:

Post a Comment