Recent Posts

Saturday, 29 March 2014

DUNIA PEMENTASAN


Di pentas kehidupan
kaulaksana seorang penari
yang sedang menarikan
tarian barongan
bertopengkan binatang.

Di pentas khayalan
kaulaksana seorang pelakon
yang sedang melakonkan
lakonan sufi
berwatak keagamaan.

Di pentas nyata, apakah watakmu?

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
29/03/14.

No comments:

Post a Comment