Tuesday 25 March 2014

MENCARI KUNCI


Semalam aku selongkar laci almari
dalam mencari seberkas kunci
usai kelmarin aku letak di dalam laci
tapi mengapa tidak pula aku jumpai.

Hari ini, kunci itu telah aku jumpa
tersorok jauh di bawah meja
yang aku kira dan aku rasa
telah aku selongkar semalamnya.

Mungkinkah aku yang pelupa
atau kunci itu bermain silap mata
tapi aku rasa ada yang tidak kena
mungkin kucingku ingin bermanja.

Satu peristiwa berjuta teori
pelbagai soalan pelbagai persepsi
bermain di minda berkata basi
mungkinkah ada konspirasi.

Kunci kebebasan sukar dicari ganti.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
25/03/14.



No comments:

Post a Comment