Wednesday 2 July 2014

CETUS MELETUS


Pagi berkabus
pemandangan terbungkus
mungkin kerana rakus
kirana mendengus
atau mungkin sahaja gas tercetus
terhasil di pagi hari gerutus
ubun dirumus
letus
embun berhingus.

Gas apakah itu?

Nadir gas-gas itu terhasil
tindak balas kimia berlawanan tamsil
dalam udara atmosfera hamil
mungkinkah neon
ataupun xenon terpencil
ganjil
atau mungkinkah? ... mungkin kerana pergedel
kuambil
di sahur menggentel.

Ayuh, bertahan zalie!
:)

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
02/07/2014.

No comments:

Post a Comment