Wednesday 2 July 2014

KEBENARAN


Andai gemersik menjadi hembusan
...biarkan
kerana sapaannya masih menyamankan
usah biarkan hembusan menjadi taufan
kerana ia akan memusnahkan
andai bicara perlu diluahkan
...luahkan
kerana pada bicara ada makna
usah membisu tapi bersuara
kerana ia mengundang tanggapan.


Kita bukan syaitan yang membisikkan durjana
jadilah manusia yang mengikut fitrahnya
kita juga bukan malaikat yang sentiasa patuh
jadilah manusia yang belum sempurnanya
membenarkan apa yang benar
menolak yang dusta bila cuba dibenarkan.


Bila sedar membuka hijabnya
terimalah kerana di situ ada kebenaran
bila kebenaran telah bersuara
terimalah kerana muliamu ada di dalamnya.


Qalam Bertinta
Klang
02062014
1017am

No comments:

Post a Comment