Recent Posts

Saturday, 13 September 2014

BUKU


Kewujudan buku
ada yang berkulit keras
ada yang berkulit lembut
berpelangi
realiti mahupun fantasi.

Buku dibaca
untuk menambahkan ilmu
di dada, gedung minda
menerawang perbendeharaan kata
falsafah bangsa.

Buku dicari
penambahbaikan diri
kosa kata diselidiki
tatabahasa diimunisasi, inversi
bahasa selari.

Buku diimpi
tidak berbahasa bombastik
tapi bersifat realistik
senang untuk difahami
mudah dibacai.

Buku dikongsi
syurga segala impian
sebagai bukti
penulisan disaksi, kecintaan
harapan.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/09/2014.

No comments:

Post a Comment