Recent Posts

Friday, 26 September 2014

ILHAM UNTUK BERMADAH


I/
Semalam aku
duduk di bangku tepi rumah
mencari ilham
berkata-kata dalam madah

namun jumpa
tidak jelma
hanya hujan
merecik titis.

II/
Di wajah sepi
di hatiku rasa sunyi
hujan merenjis
di jiwaku basah habis

mengenangmu
tiada sisi
merindumu
sampai mati

baru kini
aku mengerti
cinta ini
bak pengemis.

III/
Biarlah basah
aku rela dan menyerah
segenap arah
kulahirkan dan kuluah

moga sampai
dan mendamai
dibawa bayu
ke pangkuanmu

moga sampai
dan membelai
di hatimu
kerinduanku.

IV/
Dan kembali
ke pangkuan hati
menjadi suri
hingga akhir hayatku nanti.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
25/09/2014.

No comments:

Post a Comment