Recent Posts

Saturday, 13 September 2014

RUANG PENDENGARAN


Pagi masih lagi berona
kelam dan masih berkabut
hujan merecik basah
di jendela
wajah diunjur terpa.

Telinga masih menancap
amati gamatnya bunyi
mungkin kerana hujan pagi ini
atmosfera tercuci
molekul zarah pejal, terungkai sama.

Sepang mengaum, di Nilai sampai gemanya.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/09/2014.

No comments:

Post a Comment