Friday 26 September 2014

EGO WANITA


Bersyukurlah wahai wanita syuhadah
kerana kamu dipandang tinggi oleh Allah
dalam dunia disebut indah
akhirat nanti doa akan melimpah.

Bukalah mata cubalah lihat
dalam sastera kamu dinobat
puisi wanita tinggi diangkat
suara wanita gema martabat.

Usah menidak perkara yang benar
suara wanita terus bersinar
kementerian wanita mantap berdegar
kementerian lelaki pernah ke dengar?

Wanita pemegang tali buaian
mampu membuat bumi kegemparan
tiadanya kamu lelaki kesepian
wujudnya kamu lelaki kecanduan.

Tewas lelaki dek kain tak cukup sukatan,
kain siapa yang tak cukup sukatan?

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
24/09/2014.

No comments:

Post a Comment