Recent Posts

Monday, 22 September 2014

KURIK KUNDI MERAH SAGA: Sorong Papan Tarik Papan


Sorong papan tarik papan,
buah keranji atas peti;
Suruh makan dia makan,
PRK bukan masa berkenduri.

Sorong papan tarik papan,
pisang emas dalam raga;
Suruh makan dia makan,
habis makan kena berjaga.

Sorong papan tarik papan,
naik motor keliling kampung;
Suruh makan dia makan,
lepas makan kerja sambung.

Sorong papan tarik papan,
baju merah warna saga;
Suruh makan dia makan,
kenyang perut terus membuta.

Sorong papan tarik papan,
Bekalan lambat sesak kat tol;
Suruh makan dia makan,
rakyat nak tahu cerita betul.

Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam bakul;
Suruh makan dia makan,
pandai cakap pastikan betul.

Sorong papan tarik papan,
jumpa peraih pesan sotong;
Suruh makan dia makan,
rakyat berharap tidak dikelentong.

Sorong papan tarik papan,
tahi kambing bulat-bulat;
Suruh makan dia makan,
rakyat memandang terkulat-kulat.

Sorong papan tarik papan,
tepi pantai leka berenang;
Suruh makan dia makan,
siapa jujur pasti menang.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/09/2014.

No comments:

Post a Comment