Wednesday 17 September 2014

MONOLOG SEORANG PENAGIH YANG PRIHATIN


"Lu tengok 'brader'
wa sampah masyarakatkah
atau 'luorang' sendiri sampah masyarakat?"

"Buang sampah merata-rata
ada tong sampah tak mahu guna
datang anjing, plastik dikoyak-koyak
berselerak
merata-rata 'brader'... ,"

"Nasib baik wa ni prihatin 'brader'!
Sambil-sambil wa cari tin minuman
dan botol-botol untuk wa jual
(dapatlah sesen dua)
wa tolong 'luorang' balik,
wa kutip
wa ikat
dan wa masukkan balik dalam tong sampah."

"Wa tak biarkan bersepah 'brader'... ."

"Satu lagi 'brader'
yang wa sedih ... ,
'luorang' bab buat anak memang pandai,
dah jadi anak 'luorang' jadi bangang... ,"

"Anak 'luorang' buat macam sampah
di dalam tong sampah
di dalam longkang
di tanah belakang rumah
wa pernah jumpa 'brader'...
'luorang' sendiri yang buang!"

"Ni apa kes 'brader'?
Wa sampah atau 'luorang' yang sampah sebenarnya 'brader'?"

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/09/2014.

No comments:

Post a Comment