Friday 26 September 2014

CERMIN MATA


Aku teraba-raba
di dalam celik cahaya
waktu mentari sejengkal jarak
dari ubun kepala
setelah tadi aku terlena
di perbaringan seputar waktu
berehat.


Dek kerana bergegas
meninggalkan kamar berhias
buat menyambung tugas
kini aku buta
membaca
dalam keadaan separa nampak
dan tak nampak.


Imej mataku menari.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
22/09/2014.

No comments:

Post a Comment