Recent Posts

Tuesday, 9 September 2014

Resam


Apabila ada dari tiada
terlagi-lagi nak berada
apabila dah ada serba
tergila-gila nak lebih segala
tak kira apa, tak peduli siapa, tak kisah dari mana
dari berani, menjadi takut sentiasa
bimbang hak empunya ditagih orang
lalu dicipta segala macam pantang larang
ramai berpepatah "Inilah resam dunia"
tapi yang nyatanya
bukan semua manusia tidak manusiawi
ramai yang meresamkan duniawi
untuk bekalan ukhrawi


~ msa 080914 Temerloh~

No comments:

Post a Comment