Friday 25 May 2012

BAPAK YASSIN SALLEH

Bersempena Malam Simfoni Sepi Ikan-Ikan Di Kaca Pada 1-Jun-2012 Oleh Tabung Karyawan-PENA.

BAPAK YASSIN SALLEH

Bapak
ya Bapak
engkau yang aku kenali
melalui karyakarya puisimu
seperti karya yang sinonim dengan dirimu
iaitu Ikan Di Kaca
yang seusia dengan usiaku
empat puluh dua tahun.
Begitulah lamanya
karyamu ini telah tercipta
dan masih lagi berharga untuk difahami dan dibaca.
Bapak
pengorbananmu kepada anak bangsa
amat bermakna
pengorbananmu kepada keluargamu
amat berharga
pengorbananmu kepada arwah isterimu
amat menyentuh jiwa dan raga.
Bapak ... aku gelar dirimu seorang Bapak
sesuai dengan kehormatanku
kepada karyakaryamu
untuk anakanak bangsa seperti diriku.
Bapak ... ,
Ikan Di Kaca
tetap akan bermata
selamalamanya akan bermata
selagi anak bangsamu mempunyai sepasang mata
dalam mengenali isi maknanya kenapa IKAN DI KACA.
Terima kasih dariku untukmu ... Bapak Yassin Salleh.

ss/spl/pm ... 25/5/2012.


2 comments:

  1. Terima kasih anakanda Sazalee Sulaiman. Sajak anakanda amat menyentuh qalbu. Saya terharu. Salam. Mohon doa restu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam bapak...doa anakanda sentiasa bersama bapak...semuga kesihatan bapak bertambah baik dan malam simfoni kasih Ikan-Ikan Di Kaca nanti berjalan dengan lancar...maafkan anakanda tidak dapat bersama dengan bapak pada malam itu nanti kerana anakanda berada di Melaka pada hari itu...terima kasih bapak..

      Delete