Monday 28 May 2012

Gaya Bahasa

Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a)   Personifikasi

  • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan.
  • Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat  manusia, sama ada daripada segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
  •  
    • Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan
(b)  Simile
  • Merupakan unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain.  Perbandingan jenis ini lebih mudah dikesan, berbanding unsur perbandingan metafora.  Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bak, dan laksana untuk menunjukkan perbandingan.
  •  
    • Contohnya: ...marahnya umpama api yang merah membakar...
(c)   Metafora
  • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
  • Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
  •  
    • Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran, samudera hampa, lautan fikiran
(d)   Hiperbola
  • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
  •  
    • Contohnya: seribu lautan sanggup diharungi
(e)   Sinkof
  • Bermaksud penyingkatan perkataan
  •  
    • Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(f)   Rima
  • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi
  • Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

(g)   Asonansi
  • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
  •  
    • Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  “Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(h)   Aliterasi
  • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
  •  
    • Contohnya: pengulangan konsonan “m dalam baris “Memacu menghimpun kekuatan”
(i)  Pengulangan
  • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak

  • anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.  
    • Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD !
                         Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
  • epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
  • repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
  •  
    • Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
  •  
    • Contohnya, orang berbunga dia berbunga

(j)   Perlambangan
  • Merupakan   kata-kata yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.
  •  
    • contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
(k)  Inversi
  • merupakan gaya bahasa yang menggunakan pembalikan susunan kata dalam kalimat.  Biasanya diterapkan dengan matlamat untuk memberi penekanan pada bahagian awal ayat (bahagian yang penting). 
  •  
    • Contohnya:  Diperangkapnya kami di tengah jalan.

No comments:

Post a Comment