Sunday 20 May 2012

SAMSON DELAILA

SAMSON DELAILA

Samson Teluk Anson
duduk di atas dahan pohon
yang berdaunan rimbun
memasang akalnya yang menimbun
sambil berjuntaian kaki dia mengelamun
bagaimana caranya nak memohon
agar bapa Delaila menerimanya sebagai calon.

Delaila Teluk Rusila
hampir jadi gila
mencari Samson di perdu pohon telah tiada
teriak tangisan mula bergema
bila melihat sepasang kaki berjuntaian dikenalinya
milik Samson yang dipuja
kerana menyangka Samson mengantung diri diikat kepala.

Samson dan Delaila yang gila.

ss/spl/pm ... 20/5/2012.



SAMSON DELAILA I


Samson terkaget lantas terkasima
mendengar teriakan bergema
seumpama guruh di atas langit sana
lantas melompat menjejak ke tanah semula
patah kaki patah tangannya
tersalah 'landing' percaturannya
lutut dan sikunya yang merana
tergolekgolek seumpama pocong gelagatnya.


Delaila yang melihat jadi kaget
akan si Samson yang terguling pastinya rasa sakit
ada jugaklah macam monyet dari sebuah planet
ala ... cerita apa tu? ...  Planet Of The Ape yang jalannya tersengetsenget
tapi biarlah! Apa nak di pelik
yang kita nak cerita pasal Samson yang terjeritjerit
sehingga Delaila naik panik
memekik terlolong macam kera yang tersedak kunyit
bukannya nak pi mintak tolong dengan orang kampung di bawah bukit
tapi ikut terjeritjerit dan memekikmekik ... dalam masa sama seakan bertempik.


Samson yang sakit melihat Delaila menjadi semakin pelik
nasib kaulah Samson ... kau yang cari penyakit.


ss/spl/pm ... 20/5/2012.


SAMSON DELAILA II


Samson yang sakit memendam hati
melihat kekasih bagai histeria tiada bertepi
sekejap ke hulu sekejap ke hilir berlari
tapi tidak ke manamana masih tetapnya di situ lagi
sedangkan dirinya sakit tak terperi
puas terlentang dia menonggeng ke sisi
sakit rasa lututnya ... ditanggungnya sendiri
di kaki ya ... lutut di kaki
bukan di tempat lain cuma di kaki.


Delaila pula masih seperti tadi
hingga tercungapcungap lelah sekali
dadanya diurut berulangkali
hilang lelah dia sambung berlari
seperti pelari marathon merentas desa dan negeri
terpekik terlolong tak perlulah nak dicerita lagi
hingga terlopong mulut si Samson se dari tadi.


Terdetik juga di dalam hati Samson
beginikah ciri gadis yang aku nak buat bini?.


ss/spl/pm ... 20/5/2012. 

 SAMSON DELAILA III

Samson dihantar ke hospital oleh orang kampung
itu pun setelah puas meminta ampun dan meraung
merayu kepada Delaila agar segera meminta tolong
kerana kesakitan yang tidak tertanggung
sambil mulutnya terkunci tidak melopong
dan rasa sebak amarah yang semakin canggung
Samson melihat Delaila dari kejauhan mulutnya terlopong.

Delaila pula sudah berhenti berdengung
mungkin kerana keletihan atau otak yang bingung
Delaila melihat sahaja gelagat orang kampung
bukannya nak menolong
tapi melihat sahaja sambil mulut melopong
tidak tahu apakah yang mampu dia tolong
orang kampung yang bergotong royong
mengangkat Samson yang masih terlolong.

Samson dikejarkan ke hospital menaiki pelampung.

Bersambung.

ss/spl/pm ... 23/5/2012.


 SAMSON DELAILA IV

Kaing kaing ... bunyi anjing

yang dibaling batu oleh Samson yang berhati runsing
seumpama perniaga dari Terengganu sedang menjual 'kaing'
kerana terganggu dengan bunyi bising
anjinganjing sedang bersaing
sedangkan dirinya sedang berfikiran runsing
memikirkan masaalah dirinya dengan Delaila yang kian meruncing
serta kerunsingan fikiran dek tangan dan kaki yang masih bersimen di keting
tidak bebas nak jalan sambil berpusingpusing
sekeliling kampung rindu di hatinya hendak dikeliling.

Delaila pula bersikap dingin
kepala berangin
benda kecil pun Delaila naik angin
adalah juga macam penyanyi rancangan realiti yang lari 'pitching'
suara sumbang macam CD rosak yang sedang dimain
oleh radio lama yang dah kehilangan spring
eh! Radio lama boleh mainkan CD ke?
Ah! Biarlah ikut sukahati akulah
aku yang bercerita bukannya korang!
Hak hak hak
maaf sekali sekala ter'feeling'
'touching'
akan Delaila kenapa kepala berangin?
Tunggu di lain keluaran ya! ... hik hik hik.

ss/spl/pm ... 24/5/2012.

No comments:

Post a Comment