Sunday 13 May 2012

BONDA




Bonda
aku merinduimu
aku menyayangimu
aku mengasihimu
aku menyintaimu
kaulah kekasihku ... dunia dan akhiratku.


Bonda 
keringatmu itu tidak berkurang
dari usia mudamu hingga ke hujung usiamu
kau masih lagi menyinsing lengan baju
kau masih berbakti pada anakmu
dan kini kau curahkan pula pada anak cucumu.


Bonda 
aku amat berbangga menjadi anakmu
aku amat bersyukur dilahirkan olehmu
baktimu, jasamu tidak ternilai bagiku
kasih dan sayangmu tidak tertebus olehku
cinta sucimu tidak terbalas olehku
dengan ribuan ringgit yang aku hulur kepadamu
walau setinggi gunung jumlah banyaknya.


Bonda
di usia emasmu ini
biarlah aku pula berbakti padamu
di usia lanjutmu ini
biarlah aku pula yang membalas jasamu
... jasa-jasamu kerana melahirkan aku
... jasa-jasamu kerana mengasihiku dengan seikhlasnya
... jasa-jasamu sebanyak mananya darah
yang tertumpah dari rahim sucimu.


Bonda
kaulah bondaku ... kaulah ratuku
kaulah kekasih hatiku dan engkaulah ibu ... aku.


ss/spl/pm ... 13/5/2012.



No comments:

Post a Comment