Wednesday 9 May 2012

SEPERTI ANJING TAKUTKAN BAYANG-BAYANGAN





Hahahaha ... ,
kuingatkan berani sangat
bila kau mencabar aku membuat lapuran
kepada pihak berkuasa yang berkenaan
akan ugutan yang engkau telah sebutkan
dan lemparkan
ingin membogelkan dan mempertontonkan
gambar seorang teman
yang telahpun engkau bogelkan
dan simpan dalam kotak simpanan
di hadapan semua penonton dan kawan-kawan
yang rata-rata tercengang dan kekagetan
akan keberanian engkau mengakui ada membuat salinan.


Tapi belum apa-apa lagi kau dah ketakutan
memblok aku dari senarai teman-teman
agar aku tidak bisa menunjukkan
wall engkau kepada pihak berkuasa tempatan
mungkin cara begitu kau sangkakan
akan bisa terlepas dari sebarang tindakan dan hukuman.


Kau tersilap lagi dalam membuat percaturan
kerana aku pun bukan
berminat sangat nak membuat sebarang lapuran
hanya membuang 'karan'
aku cuma nak tengokkan sebuah lakunan
dan dah terbukti sekarang engkau dalam ketakutan
seumpama an ... yang takutkan cermin dan bayang-bayangan.


ss/spl/pm ... 9/5/2012.







.

No comments:

Post a Comment