Thursday 24 May 2012

PANDANGLAH SAHAJA


Teman
jauhilah sengketa
yang beraneka rupa
pelbagai agenda
warnanya
dan sifatnya
muslihat yang sentiasa
beraroma
persis kentut yang senyap bunyinya
tapi tembelang baunya
dapat terhidu juga
di batang hidung semua.

Teman
lihatkan sahaja
keindahan lakunan opera
ya! Opera alam maya
yang membawa pelbagai kesah dan cerita
rencah dan perisa
lakunan si anak wayang di pentasan alam maya
yang beraneka gaya
pelakon-pelakonnya
pengarah-pengarahnya
tapi terulit cacat pada senikatanya
membelai bait bicara
akan bedilan ultra
beracunkan tuba
yang paling berbisa
cukup marabahaya.

Teman
jangan didekatinya
hanya pandangilah sahaja
pandangilah dengan penuh waspada
setiap kesempurnaan ada cacatnya
setiap keindahan ada celanya
setiap kekuatan ada kelemahannya
dan apabila
terlihat kelemahannya
dan pekungnya mula terbuka
janganlah pula ... ,
janganlah pula kita mendekatinya
takut nanti kita!
Takut nanti kita ... ,
kita pula akan terpalit akan najisnya
najis yang beraneka bisa
yang penuh sisa toksidnya.

Teman!
Berwaspadalah sahaja ... ,
sentiasa
setiap masa.

ss/spl/pm ... 22/5/2012.

No comments:

Post a Comment