Monday 28 May 2012

CARILAH ILMU

Gabungan antara Anafora dan Epifora menjadikannya Simplok

Kalau tak tahu sesuatu belajarlah

kalau diri kurang ilmu belajarlah
kalau masih tak mengerti belajarlah
kalau nak minda berilmu belajarlah
kalau ingin dada penuh ilmu belajarlah
kalau malu bertanya belajarlah
kalau rasa nak menegur dengan betul belajarlah.

Jangan malu untuk belajar
jangan takut mahu belajar
jangan segan ingin belajar
jangan ragu-ragu pergi belajar
jangan di dada tiada berilmu kerana tidak mahu belajar.

Biarlah jauh tapi hati ingin belajar
biarlah sampai ke Negara China kerana mahu belajar
biarlah orang kata kita bodoh janji kita tetap belajar
biarlah jelek di mata orang tapi kita tetap belajar
biarlah di mata orang lihat kita memegang pena dan buku kerana belajar
biarlah tua kita berilmu yang pastinya kita belajar.

Dan akhir sekali ... jangan pula!
Baru berilmu sedikit guru pula dikurangajarkan
baru katam satu pelajaran orang yang berilmu dikurangajarkan
baru paham satu istilah kita dah naik tocang orang berjasa dikurangajarkan.

Marilah kita pelajari bagaimana untuk berkarya dari terus bersengketa
dan belajarlah istilah-istilah yang ada dalam setiap karya
seperti ... ,
Anafora
Epifora
Hyperbola
dan istilah-istilah yang lainnya
seperti Wardopename
barulah kita bisa menjadi seorang yang terpelajar.

ss/spl/pm ... 27/5/2012.

No comments:

Post a Comment