Recent Posts

Thursday, 7 November 2013

*MONOLOG PETI UNDI II*

'Masak masak'

Hu hu hu hu hu

"Adoi...,
aku sudah masak
kantungku, penuh sudah
tepat masanya
aku termuntah
ruah;
segala isi perut melimpah
bersepah-sepah
dikutip dan dikira
satu persatu;
dilipat berlipat
diaudit, dipersetujui
diuar-uarkan kepada semua
yang melihat
yang memandang
yang memerhati
yang menanti
yang sabar;
adat pertandingan
ada kalah, ada menang:
kepada yang menang
pasti tersenyum bangga
tapi jangan lupa
kerja harus disegera,
kepada yang kalah
haruslah reda
kalah harus bermaruah
jangan berangkara;
ini pesananku
ini sumpahanku...,
aku ini siapa?
Akulah peti undi DUN Sungai Limau!"

*MONOLOG PETI UNDI II*

Sazalee Sulaiman ... 05/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment