Friday 5 September 2014

PERMAINAN HARGA


Simpati, kasihan
bagai barang dagangan
mengumpan pembeli
oleh penjual
sistem tawar menawar
tiada keikhlasan
meruntuh kepercayaan
di hati insan
apabila barangan dijual secara pukal
harga dipermain-mainkan
memonopoli saham.

Sedang diperhati suruhanjaya syarikat.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
05/09/2014.

No comments:

Post a Comment